NEELOFA & RALINE SHAH DIIKTIRAF SEBAGAI WANITA GOJES DI ASIA!


Keduanya dinobatkan sebagai wanita tercantik di rantau Asia, sering kali menjadi pilihan utama sebagai duta produk dan pengacara, di samping menjadi igauan dan gadis idaman setiap jejaka yang memandang. Siapa yang dimaksudkan? Semestinya Puteri Indonesia, Raline Shah dan gadis idaman Malaysia, Neelofa.

Sekali pandang, memang terserlah kedua-duanya ada iras satu sama lain. Bukan itu sahaja, malah kedua-duanya turut dikatakan mirip bidadari Victoria’s Secret, Miranda Kerr. 

Kali ini kita bandingkan keduanya, bukan sekadar wajah jelita tetapi gaya dan personality. 
Siapa lagi mirip Miranda di sini?

Bekas pemenang pertandingan majalah

Miranda Kerr mula menempah nama ketika berusia 13 tahun, semasa beliau menang pertandingan modelling di Australia yang dianjurkan majalah Dolly pada tahun 1997.

Neelofa merupakan pemenang Dewi Remaja manakala Raline Shah merupakan finalis Puteri Indonesia.

Siapa lebih mirip Miranda? Neelofa

Kaki Yoga

Miranda memang terkenal dengan sifat gila senaman yoga beliau. Lihat sahaja sampai ke pose untuk modelling turut menerapkan pose yoga! 

Raline Shah pernah akui bahawa yoga mat merupakan peneman setia ketika pergi melancong. Bukan untuk dibuat alas tidur, tetapi semestinya untuk bersenam!

Siapa lebih mirip Miranda? Raline Shah.

Miranda belajar nutrisi dan psikologi kesihatan

Model tetap pentingkan pelajaran dan bukan kerjaya di pentas peragaan sahaja. Tahukah anda bahawa Miranda pernah belajar nutrisi dan psikologi?

Raline Shah pula miliki ijazah sarjana sains politik dan komunikasi manakala Neelofa belajar perdagangan antarabangsa dan pemasaran.

Siapa mirip Miranda? Tiada.

Bercinta dengan pelakon

Ingat lagi bekas suami Miranda Kerr, pelakon kacak filem Lord of The Rings, Orlando Bloom? Memang Miranda mudah jatuh hati pada pelakon.

Neelofa pernah dikatakan miliki hubungan dengan pelakon Hans Isaac manakala Raline Shah dikatakan menjadi rebutan hati para jejaka kelas atasan.

Siapa lebih mirip Miranda? Neelofa.

Model taraf antarabangsa

Miranda Kerr pernah menjadi salah satu bidadari Victoria’s Secret, dalam erti kata lain seorang duta untuk jenama antarabangsa. Siapa sahaja yang tidak kenal Victoria’s Secret sebagai jenama pakaian dalam seksi? 

Raline Shah merupakan duta Pantene (siapa tidak kenal Pantene? Produk penjagaan rambut antarabangsa itu!).

Siapa lebih mirip Miranda? Raline Shah.

Jadi kesimpulannya, siapa lebih layak digelar Miranda Kerr rantau Asia? Sukar kita membuat keputusan. Sama sahaja keduanya. Berilah pendapat anda tentang siapa lebih sesuai dijadikan Miranda Kerr Asia

0 Response to "NEELOFA & RALINE SHAH DIIKTIRAF SEBAGAI WANITA GOJES DI ASIA!"

Post a Comment